Sunday, July 13, 2014

[ProjekDapurChikIera] Resepi 2: Creamy Butter Chicken


Assalamualaikum dan salam ramadhan :)

Resepi kedua peanut ialah Ayam Butter Milk aka Creamy Butter Chicken. haaa. selalunya dengan butter prawn jer kan, tapi sebenarnya ayam pun ade . untuk yang spesis cam peanut. yang alergik dengan seafood. hri tu try kat kedai chinese muslim kat shah alam, rasa cam sedap. terus tanya Encik Google macam mana nak buat. 

ok. bahan2 seperti dalam gambar. kecuali santan. Entah kat mana lah peanut tengok , resepi tu tulis kena letak santan, tapi last-last peanut tak letak pun. 



  1. Isi ayam dipotong kecil- kecil.
  2. Serbuk kari 
  3. Tepung jagung dan tepung gandum.
  4. Susu cair. sebabkan peanut lupa, peanut guna susu pekat dicairkan jer. heheh
  5. Buttercup
  6. 3 biji bawang merah dan putih 

Cara-cara membuatnya seperti berikut. 



  1. Isi ayam hendaklah diperak dengan serbuk kari. Mula celup dalam serbuk kari tu pastu baru celup dalam kombinasi tepung jagung dan tepung gandum tu. Hasilnya macam kat atas. 
  2. Goreng ayam separuh masak dan toskan. 
  3. Panaskan kuali dan masukkan dalam 2 sudu buttercup. Jangan sampai hangit tau. Butter ni cepat sangat cair. 
  4. Lepastu masukkan bawang. goreng cam biasa. dah naik bau tu. sepatunya kene masukkan daun kari. and as usual lupa nk beli dan tak pernah pulak nampak kat mana-mana kedai. so skip this step. 
  5. Masukkan susu cair tersebut. kalau nk masukkan cili padi pun boleh tapi sebab peanut jenis tak makan makanan pedas, peanut abaikan jer bab cili padi tu.
  6. kacau sebati. masukkan sekeping cheese. carik-carikkan sikit. biar senang cair. lepas tu masukkan ayam. dah masukkan ayam kacau biar sebati. mase nilah nampak kuah jadi pekat. 
  7. Biarkan mendidih pastu dah boleh hidang! 

Nyum2x, harap-harap lah sedap. dan selamat mencuba kepada yang nak rasa tu.

Chef Peanut dari ProjekDapurChikIera :)
Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

[ProjekDapurChikIera] Resepi 1: Bubur Jagung Sagu

Assalamualaikum. 

Bila bulan ramadhan tiba, selain terawikh, tak lain tak bukan yang bermain fikiran ialah makanan berbuka puasa. Peanut lak tahun ni tahun pertama stay dengan adik. Nak tak nak kene fikir nak masak apa hari-hari. Kalau dulu mase menyewa sorang senang. Pergi bazar beli nasi lauk campur. Siap. Tapi bila dah stay dengan family kena lah masak. sian pulak kat adik peanut nanti nak berbuka makan apa kan. Okay. Walaupun dah nk masuk tengah ramadhan dah, peanut hari ni nak kongsi satu resepi yang peanut masak hari ni iaitu Bubur Jagung Sagu. First time buat ni. Terima kasih x terhingga kepada Encik Google, Masterchef peanut. 

Okay bahan-bahanya adalah seperti berikut. 


  1. Jagung dalam tin. Kalau dapat yang jagung real lagi elok. tapi mana nk cari lah celah-celah tempat peanut stay ni. lagi senang beli yang tin. tak payah susah nk kupas kulit potong- potong lagi.
  2. Santan. Peanut pakai yang dalam kotak. Hari tu beli yang dia mesin cam masam sikit. lagipun rase dia lebih kurang jer dengan santan segar. 
  3. Sagu. Dalam 4 sudu besar. 
  4. Gula Melaka 4 sudu besar 
  5. Gula 5 sudu besar. 
  6. Air 
Cara-caranya adalah seperti berikut

  1. Masukkan jagung, santan, air dan sedikit garam ke dalam periuk. Air tu pandai- pandai lah ukur sendiri. tak banyak sangat dan tak sikit
  2. Panaskan atas dapur . Kacau perlahan-lahan sampai dah mendidih. 
  3. Bila dah mendidih boleh masukkan  sagu. sagu ni kene basuh dulu tau sebelum masukkan. oh ya, kalau last-last tu nampak macam cair semacam jer bubur ni boleh masukkan lagi sagu. sagu ni selain fungsi dia untuk dimakan, ianya juga boleh memekatkan bubur. hamboi. masterchef betul tips. 
  4. Lepas masukkan sagu. Masukkan gula melaka dan gula biasa. yang ni terpulang lah kepada tahap kemanisan masing-masing. macam peanut yang mek kelate ni selagi tak manis tak sah. tapi kalau nk manis, peanut sarankan letak lebih gula melaka. rase dia sedap dari letak gula biasa. 
  5. Kacau lagi sampailah sagu dah bertukar kaler jernih ala-ala dah masak tu. lepas tu dah siap boleh hidangkan. 

Tak sabar nk cuba bubur jagung peanut ni. maklumlah puasa. kalau terlebih terkurang manis tu mintak maaflah ye. 

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa! 

Chef Peanut dari ProjekDapurChikIera :)

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!