Sunday, July 13, 2014

[ProjekDapurChikIera] Resepi 1: Bubur Jagung Sagu

Assalamualaikum. 

Bila bulan ramadhan tiba, selain terawikh, tak lain tak bukan yang bermain fikiran ialah makanan berbuka puasa. Peanut lak tahun ni tahun pertama stay dengan adik. Nak tak nak kene fikir nak masak apa hari-hari. Kalau dulu mase menyewa sorang senang. Pergi bazar beli nasi lauk campur. Siap. Tapi bila dah stay dengan family kena lah masak. sian pulak kat adik peanut nanti nak berbuka makan apa kan. Okay. Walaupun dah nk masuk tengah ramadhan dah, peanut hari ni nak kongsi satu resepi yang peanut masak hari ni iaitu Bubur Jagung Sagu. First time buat ni. Terima kasih x terhingga kepada Encik Google, Masterchef peanut. 

Okay bahan-bahanya adalah seperti berikut. 


  1. Jagung dalam tin. Kalau dapat yang jagung real lagi elok. tapi mana nk cari lah celah-celah tempat peanut stay ni. lagi senang beli yang tin. tak payah susah nk kupas kulit potong- potong lagi.
  2. Santan. Peanut pakai yang dalam kotak. Hari tu beli yang dia mesin cam masam sikit. lagipun rase dia lebih kurang jer dengan santan segar. 
  3. Sagu. Dalam 4 sudu besar. 
  4. Gula Melaka 4 sudu besar 
  5. Gula 5 sudu besar. 
  6. Air 
Cara-caranya adalah seperti berikut

  1. Masukkan jagung, santan, air dan sedikit garam ke dalam periuk. Air tu pandai- pandai lah ukur sendiri. tak banyak sangat dan tak sikit
  2. Panaskan atas dapur . Kacau perlahan-lahan sampai dah mendidih. 
  3. Bila dah mendidih boleh masukkan  sagu. sagu ni kene basuh dulu tau sebelum masukkan. oh ya, kalau last-last tu nampak macam cair semacam jer bubur ni boleh masukkan lagi sagu. sagu ni selain fungsi dia untuk dimakan, ianya juga boleh memekatkan bubur. hamboi. masterchef betul tips. 
  4. Lepas masukkan sagu. Masukkan gula melaka dan gula biasa. yang ni terpulang lah kepada tahap kemanisan masing-masing. macam peanut yang mek kelate ni selagi tak manis tak sah. tapi kalau nk manis, peanut sarankan letak lebih gula melaka. rase dia sedap dari letak gula biasa. 
  5. Kacau lagi sampailah sagu dah bertukar kaler jernih ala-ala dah masak tu. lepas tu dah siap boleh hidangkan. 

Tak sabar nk cuba bubur jagung peanut ni. maklumlah puasa. kalau terlebih terkurang manis tu mintak maaflah ye. 

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa! 

Chef Peanut dari ProjekDapurChikIera :)

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment