Friday, October 24, 2014

[Terima Kasih Jep Sepahtu]

Assalamualaikum  uolls.

Iolls sedih sikit minggu ni bila orang yang Iols sayang dah berpaling padah dari Iolls. Selama ni, kalau de gosip pasal dia dengan perempuan mana-mana, mesti dia nafikan. Pasti berjaya dia tepis. Tapi kali ni, dia mengaku uools. Sedih hati Iolls.

Peanut mula-mula sukakan Encik Beliau ni bila beliau start masuk Raja Lawak, kalau x silap peanut Raja Lawak 3. Muka Encik Beliau x derlah seberapa snagat, tapi peanut terpesona dengan lawak jenaka beliau yang sangat memikat hati . Beliau and kumpulan Encik Beliau berjaya dapat tempat pertama Raja Lawak tahun tu uools. tapi lepas Raja Lawak, dah x de cerita or drama diorang. sepi sesepinya. lagi2 waktu diorang tu Astro Warna x wujud lagi. setakat nak menepek watak tambahan bolehla. diorang pun pernah gtau lepas Raja Lawak tu, diorang x de jobs, and pernah kumpul duit syiling yang ade untuk beli sebungkus nasi kongsi tiga orang. Syahdu sangat.

Then, mase astro Warna di perkenalkan, astro nk tarik perhatian penonton, maka adalah rancangan Maharaja Lawak. bukan mega tau uools. ramai yang tersilap. Yang maharaja lawak ni menghimpunkan finalists raja lawk dari musim pertama ke musim kelima pada masa tu. time tu shiro pun x de dalam otak fikiran lagi. time tu lah bakat encik beliau dan kengkawan kembali bersinar dengan lawak yang di tunggu. masa tu setiap punchline encik beliau akan di jadikan fanpage di facebook dan memang viral lah.

 Lepas menang Maharaja Lawak tu, kumpulan Encik Beliau dah berpecah dan membentuk kumpulan baru berdua dengan kawannya. Zaman kegemilangan Encik Beliau adalah tahun 2014. Macam anugerah beliau menang. start dengan menjadi johan Super Spontan 2013 dan diikuti dengan pelbagai anugerah di terima di Anugerah ABPBH2014, Anugerah MELETOP dan Anugerah Warna.

First time Encik Beliau debut as pengacara waktu Musim Pertama Skool of Lawak. Boleh dikatakan program tu x derlah lawak sangat, tapi sebab pengacara adalah Encik Beliau dengan Johan, maka setiap jumaat memang melekap kat tv semata-mata nk tengok Encik Beliau. Kadang2 Encik Beliau tersalah baca skrip or buat lawak x jadi, konfirm peanut and penonton2 lain turut sama ketawakan beliau. Time tulah, ade gosip beliau bertunang dengan sofia. Patah hati? kecewa? Confirm. Peanut siap google sofia. malah menjadi stalker terhebat tapi tak jumpa jugak. last2 gosip tu peanut lupakan sebab Encik Beliau sendiri menafikan gosip tersebut.

Pernah satu ketika Shahrul dari kumpulan Shiro buat statement Encik Beliau tak sukakan beliau and cuba menghasut kawan-kawan lain tak sukakan Shahrul. Apa peanut buat? Peanut terpaksa stop jadi fan Shahrul. Bagi peanut, seorang kawan yang baik takkan menggunakan media untuk mencari penyelesaian masalah dalaman mereka. start tu memang terus x suka shahrul tapi tetap sokong perjuangan Shiro.

Now. dalam minggu ni gak. keluar gosip Encik Beliau dengan seorang pelakon baru nak naik. peanut jadi stalker terhebat lagi. stalk ig. stalk forum. google situ sini. peanut terbaca yang orang ternampak mereka berdua dating. malah diperhebatkan lagi Encik Beliau ade memuat naik foto mereka berdua. Alangkah berkecainya hati. bertambah berkecai yang Encik Beliau mengaku yang wanita tersebut paling rapat dengannya, bukan peanut. 

Semoga Encik Beliau berbahagia dengan pilihan hatinya. Jangan dipedulikan peanut lagi. Mohon peanut pergi membawa hati.


mohon bace link ni untuk gosip selanjutnya. 

Terima Kasih Jep kerana pernah menghiburkan hati dengan lawak jenakamu. Terima kasih kerana pernah me melting kan diriku dengan charmingmu.. Semoga kamu bahagia dengan pilihan hatimu. 


Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

0 pujian[s]:

Post a Comment