Saturday, January 21, 2017

[TIPS: CARA LANGSAIKAN HUTANG PTPTN GUNA AKAUN 2 KWSP]




Hai semuaaa~!

Entry kali ni peanut nak kongsikan cara macam mana nak langsaikan hutang PTPTN menggunakan Akaun Kedua KWSP anda bagi yang sudah bekerja dan mencarum KWSP. Yang tak bekerja dan tak mencarum, memang terpaksalah bayar menggunakan duit savings sendiri. Memang tak menyusahkan pun, dalam 2-3 hari macam tu dah selesai bergantung kepada effort anda.

1. Semak Baki Akaun 2 KWSP dan Kelayakan Pengeluaran

Okay. Untuk menyemak baki Akaun 2 KWSP ni, ada bermacam-macam cara. Kalau yang penyata tahunan yang KWSP hantar kat rumah tu boleh diguna tapi tak terkini. Tapi kalau dah baki year end korang banyak, bolehlah konfiden nak selesaikan hutang. Selain tu, korang boleh pergi ke mana-mana Pejabat KWSP yang berdekatan dan dapatkan Salinan penyata KWSP di kiosk layan diri yang disediakan. Kalau masih lagi malas, korang leh check online menggunakan laman website i-kwsp. Dunia kan kat hujung jari jer.

2. Dapatkan surat daripada PTPTN  dan Salinan Perjanjian Pinjaman PTPTN

Yang ni korang boleh heading to any nearest PTPTN’s branches dan boleh mintak surat daripada akak/abang PTPTN. Surat tersebut addressed kepada KWSP macam bagitahu details pinjaman kita dan juga baki hutang PTPTN. Normally, dokumen tersebut akan terus disediakan oleh akak/abang PTPTN tersebut melainkan kalau boss diorang tak ada untuk sign surat tersebut. Peanut puji ke-efficiency staff PTPTN cawangan Tesco Kota Bharu. Thumbs up untuk mereka. Oh ya, dokumen yang dapat ni tanpa sebarang caj.

3. Salinan Skrol Ijazah Dan Transkrip

Yang ni, korang wajib sediakan Salinan dan bawak jugak yang original ke KWSP. Photostat awal-awal so tak payahlah korang susah payah nak cari kedai photocopy plak. Nanti terkejar-kejar.

4. Terus ke KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP.

Okay. What I like about KWSP is staffnya sangat membantu. So terus ke Kaunter Nombor dan bagitahu korang nak buat pengeluaran apa. Staff akan bagi Borang Pengeluaran KWSP Untuk Pendidikan. Isi yang mana berkaitan . Jumlah hutang yang dilangsaikan bergantung kepada baki akaun 2 KWSP anda. Kalau nak selesaikan semua pun boleh, nak selesaikan separuh pun boleh. Alang-alang hutang peanut hanya RM5k, peanut terus langsaikan semua. Selesai urusan di KWSP, tunggu lebih kurang dalam 14 hari bekerja sama ada permohonan anda Berjaya ke tak. Masa peanut buat, keesokan hari tu terus berjaya. Cepat betul bab habiskan duit ni.

5. Dapatkan Surat Penyelesaian Hutang daripada PTPTN

Since korang pun dah berjaya selesaikan hutang PTPTN dengan jayanya, maka boleh lah mendapatkan Surat Penyelesaian Hutang daripada PTPTN. Ada macam-mcam cara untuk dapatkan surat tersebut. Antaranya melalui hotline dan email. Walau bagaimanapun, peanut just PM kat facebook Official PTPTN. Tak sampai 30 minit, staff PTPTN bagi surat tersebut dalam bentuk PDF. Surat Penyelesaian Hutang PTPTN ni penting untuk show off kat kengkawan nanti. Eh.


Senang jer kan caranya nak langsaikan hutang. Kena selalu berdoa supaya dipermudahkan pembayaran hutang. Tak dinafikan peanut penah rasa macam tak nak bayar PTPTN, kononnya PTPTN ni cekik darah. Tapi bila-bila fikir balik, memang kita berhutang untuk pendidikan, jadi hutang wajib diselesaikan. Kalau kita ada pilihan untuk selesaikan hutang, kenapa kita masih nak mengelat kan? Jadi, untuk pengajaran bersama, marilah saving untuk Tabung Pendidikan bakal anak-anak kita. Eh.


Till next time. Bye~

Membaca tanpa mengomen ibarat berak x basuh. eii. yerk!

3 pujian[s]:

Nurliah Hikaru said...
This comment has been removed by the author.
Nurliah Hikaru said...


Hi... Lepas permohonan Lulus.. Bpe lama amik masa utk sis dapat Surat penyelesaian hutang tu?

Belog Cik Peanut said...

hi, saya sebenarnya terus contact ptptn and mintak surat penyelesaian hutang. dalam masa 30 minit ptptn dah hntr dalam bentuk draf.

Post a Comment